1 Aug 2011

Tingkat-tingkat puasa



Al-Ghazali ada membahagikan tingkat-tingkat puasa kepada tiga jenis. Pertama adalah puasa umum, iaitu orang yang berpuasa menahan perut dan kemaluan seperti yang disyaratkankan.
Kedua adalah puasa yang khusus, iaitu ditambahkan pula dengan menahan pendengaran, pengelihatan, lidah dan tangan serta anggota-anggota badan yang lain dari segala perbuatan dosa.
Ketiga adalah puasa khususnya khusus, iaitu puasa hati. Menahan hati dari pemikiran keduniaan, perhatian-perhatian yang rendah, menahan diri dari memikirkan selain daripada Allah swt.

Syarat Batiniah Dalam Berpuasa

Menurut Al-Ghazali, terdapat enam perkara perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan ibadat puasa bagi menghasilkan puasa yang berkualiti.


Menjaga mata dan menahan pandangan kepada sesuatu yang tercela dan dibenci, yang melalaikan hati, melengahkan zikir serta menjauhkan ingatan kepada Allah swt.


Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, perkataan kotor, keji, caci makian dan sebagainya





Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang diharamkan atau dibenci Allah, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengar


Menahan anggota tubuh yang lain-lain daripada perbuatan dosa, baik dari tangan atau kaki daripada segala yang dibenci. Menahan perut daripada hal-hal syubhat (tidak jelas halal atau haram) atau haram ketika berbuka


Jangan berlebihan makan ketika berbuka. Hendaklah direnung tujuan berpuasa, iaitu mendidik nafsu. Tiada manfaatnya berpuasa sehari tetapi apabila waktu berbuka, nafsu masih tidak terdidik


Perasaan takut ketika berbuka, kalau-kalau amalan seharian kita itu tidak diterima oleh Allah swt.



“Sabda Rasulullah saw, Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang 
diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga” Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.



Selamat berpuasa !
semoga amalan kita diberkati dan diredhai-Nya...
ameeeen...



No comments: