14 Jul 2011

Izinkan aku menjadi suaramu




Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan
cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah
air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak
mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk
masuk meminag Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman
Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih
yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu
jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah
dengannya.


Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula
menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang.
Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal
terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka
menyintai Allah.



*** *** ***

Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan
mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan
perpisahan menambahkan lagi rasa saying sesame manusia. Sudah hampir
sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil
keputusan untuk menyambung pelajarannya keperingkat master di Jordan.
Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di
UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat
dengan surat  yang diterima saban bulan. Dalam surat  yang saban bulan
dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka
dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling
memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan
RasulNya..


Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka.
Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar
dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan
kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering
mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa
tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskas tali
pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman
sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan.
Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar.
Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan
barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Banginya ilmu
agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun.
Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut
nikmat untuk bertutur.


Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh
ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari
Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada
Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.



*** *** ***

Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal
menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada didalam
hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi
masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini
sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan .
Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar
Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan
menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat
dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas
masuk kedalam rumah. Dia membawa smapul surat  bewarna merah. Wangi
baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.



¡°Dari Farhan.¡± Mata Balqis membulat dan mula menakung air.



Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Di pasrah dengan keputusan
Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk
menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya
sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan ¡°Farhan &
Balqis¡± pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia
melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam
dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa
isyarat Farhan berkata. ¡

°Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita 
perlu seorang teman yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. 

Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku
menjadi suaramu.¡± Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah
mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta
untuk hambanya terlalu agung.






Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya
                               











No comments: